Monday, 23 January 2017

Goodbyes are not the end

Terkadang terdetik kat hati kenapa insan yang kita sayang ,yang selalu ada kat sisi kita ,yang selalu buat kita tersenyum ,yang ada waktu susah dan senang ,yang selalu setia mendengar luahan hati ,yang berjanji akan sehidup semati pergi tinggalkan kita .Bukan untuk sementara bukan untuk sekejap bukan juga untuk kembali tapi pergi untuk selamanya dan tak mungkin akan kembali .Perjalanan yang dilalui bersama kini diteruskan hanya bersama bayangan dan kenangan .Betapa kau berharap untuk mereka terus disisi ,untuk kau lalui hari-hari bersama ,untuk kau terokai lebih banyak perkara baru bersama , untuk kau lihat mereka sentiasa tersenyum dan gembira .

Percayalah Allah lebih sayangkan mereka .Siapa kita untuk menangguhkan ajal seseorang ? Apatah lagi menidakkan ? 

Kuatlah kerana masih ada yang menyayangi ,tabahlah kerana masih ada yang peduli .Aku tahu sakit ,sakit untuk kau hadap semua ni tapi Allah tak akan uji hambaNya melebihi kemampuan .Mereka semua adalah pinjaman semata-mata yang mungkin pernah membahagiakan dan mengindahkan hidup kita .Mungkin banyak ruang kosong yang tercipta setelah mereka tiada tapi sedarlah meereka bukan milik kita ,sampai masa kita pula akan menyusul .

Jangan bersedih jangan berduka , goodbyes are not the end _

Saturday, 25 June 2016

if i ever has another chance

Kalaulah dalam hidup ni kita ada 1 peluang untuk kembali pada masa lalu , takde sorang pun yang akan lepaskan peluang tu. Yelah maybe atau memang banyak sangat salah dan silap yang pernah melukai hati insan-insan yang kita sayang .yang maybe dah 360darjah mengubah hidup masing-masing. Kalaulah semudah kata maaf tu boleh kembalikan apa yang hilang ,perkataan penyesalan tu takkan mungkin pernah wujud.  Yang pasti kenangan dulu tak mungkin dapat diulang ,kasih yang dulu tak mungkin kan sama lagi .