Monday, 23 January 2017

Goodbyes are not the end

Terkadang terdetik kat hati kenapa insan yang kita sayang ,yang selalu ada kat sisi kita ,yang selalu buat kita tersenyum ,yang ada waktu susah dan senang ,yang selalu setia mendengar luahan hati ,yang berjanji akan sehidup semati pergi tinggalkan kita .Bukan untuk sementara bukan untuk sekejap bukan juga untuk kembali tapi pergi untuk selamanya dan tak mungkin akan kembali .Perjalanan yang dilalui bersama kini diteruskan hanya bersama bayangan dan kenangan .Betapa kau berharap untuk mereka terus disisi ,untuk kau lalui hari-hari bersama ,untuk kau terokai lebih banyak perkara baru bersama , untuk kau lihat mereka sentiasa tersenyum dan gembira .

Percayalah Allah lebih sayangkan mereka .Siapa kita untuk menangguhkan ajal seseorang ? Apatah lagi menidakkan ? 

Kuatlah kerana masih ada yang menyayangi ,tabahlah kerana masih ada yang peduli .Aku tahu sakit ,sakit untuk kau hadap semua ni tapi Allah tak akan uji hambaNya melebihi kemampuan .Mereka semua adalah pinjaman semata-mata yang mungkin pernah membahagiakan dan mengindahkan hidup kita .Mungkin banyak ruang kosong yang tercipta setelah mereka tiada tapi sedarlah meereka bukan milik kita ,sampai masa kita pula akan menyusul .

Jangan bersedih jangan berduka , goodbyes are not the end _